Noor Afezai
Ramai yang berkata kepada saya : "Polisi insuran tak boleh beli banyak sebab hanya satu polisi je boleh buat tuntutan walaupun ada banyak polisi".

Jawapannya : Betul pun ada. Salah pun ada.

Betul untuk Polisi Perubatan & Polisi Insuran Barangan.
Cth : Kad Medik, Insuran Kenderaan, Rumah DLL.

Kerana polisi-polisi di atas melindungi sesuatu yang ada nilai tertentu mengikut harga pasaran. Setiap tuntutan tak boleh melebihi harga pasaran. Sebab itulah hanya satu tuntutan dibenarkan.

Salah untuk Insuran Hayat.

Kerana polisi insuran hayat melindungi sesuatu yang tiada siapa dapat meletakkan nilainya yang sebenar. Jadi dia dibenarkan untuk buat tuntutan seberapa banyak polisi insuran hayat yang dia ada.

Jadi kesimpulannya, anda boleh memiliki banyak polisi insuran hayat. Cuma sebelum itu pastikan dengan agen anda jika syarikat insuran yang anda berminat itu ada terma dan syarat-syaratnya.

# Info : Dari buku info yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Labels: 0 comments | | edit post
Noor Afezai
Dengan Etiqa Takaful, anda boleh memperbaharui insuran kenderaan anda dengan mudah sekali iaitu melalui online. Segalanya di hujung jari anda. Ia amat sesuai sekali untuk orang yang sibuk dan mempunyai masa yang terhad. Anda boleh melakukannya sendiri dirumah, dipejabat atau dimana sahaja selagi mempunyai akses internet dan pencetak untuk cetak resit bayaran anda.

Sistem Online E-motor adalah untuk:

1) Kenderaan Persendirian (Private Passenger Vehicle)
2) Perlindungan Komprehensif (First Party shj)

Jenis Pembayaran Online yang ditawarkan adalah:

1) Kad Kredit (VISA atau MASTERCARD)
2) Perbankan Internet FPX
3) Maybank2u.com
4) PosPay

Dokumen yang diperlukan :

1) Salinan Polisi Perlindungan Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
2) Salinan Nota Lindung Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
3) Salinan Pendaftaran Kenderaan (Geran Kenderaan)ATAU
4) Untuk Kenderaan Baru yang belum didaftarkan, salinan butiran kenderaan

Tiada limit Waktu Operasi Sistem Online E-motor:

Waktu operasi adalah tertakluk kepada waktu operasi Sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu 7:30 pagi hingga 4:30 petang sekiranya dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat POS.

Pastikan anda membaca arahan-arahan yg tertera dgn teliti & mengikut arahan-arahan tersebut terutamanya selepas 'submit' borang & sblm membuat bayaran melalui online.

Sila lihat Bahagian Motor Takaful untuk Sebut Harga ataupun untuk Pembayaran.

Ok, Selamat Mencuba