Noor Afezai
Ramai yang berkata kepada saya : "Polisi insuran tak boleh beli banyak sebab hanya satu polisi je boleh buat tuntutan walaupun ada banyak polisi".

Jawapannya : Betul pun ada. Salah pun ada.

Betul untuk Polisi Perubatan & Polisi Insuran Barangan.
Cth : Kad Medik, Insuran Kenderaan, Rumah DLL.

Kerana polisi-polisi di atas melindungi sesuatu yang ada nilai tertentu mengikut harga pasaran. Setiap tuntutan tak boleh melebihi harga pasaran. Sebab itulah hanya satu tuntutan dibenarkan.

Salah untuk Insuran Hayat.

Kerana polisi insuran hayat melindungi sesuatu yang tiada siapa dapat meletakkan nilainya yang sebenar. Jadi dia dibenarkan untuk buat tuntutan seberapa banyak polisi insuran hayat yang dia ada.

Jadi kesimpulannya, anda boleh memiliki banyak polisi insuran hayat. Cuma sebelum itu pastikan dengan agen anda jika syarikat insuran yang anda berminat itu ada terma dan syarat-syaratnya.

# Info : Dari buku info yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment